Bismillahirrahmanirrahim....
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un wa alhamdulillah...
Tinta tulisanku kali ini berkisarkan permulaan hidup sebagai orang yang mengaku ingin menegakkan agama Allah..well, seperti yang aku postkan sebelum ini..aku bukanlah orang yang tegar berdepan dengan mehnah dan tribulasi...tetapi apa yang berlaku semalam cukup membuka mata aku...termasuk mata hatiku...segala-galanya cukup indah aturan Allah..
Dalam pukul 6.20 petang, aku sampai di Perhentian Bas Putra, niatku hanya satu, untuk beli tiket ke Kelantan..hasratku cukup luhur, untuk berjumpa adik-adik yang amat aku sayangi yang masih belajar di taman tarbiah aku dulu...aku cukup bersedia..aku ingin berceritakan kepada mereka pasal Tadhiyyah...aku cukup bermotivasi ketika itu walau berseorangan..setiap saat di fikiranku hanya mereka.
Aku tak dapat beli tiket SANI, sebab tiket nak balik Kelantan pada malam dah tu penuh..aku teruskan langkah ke kaunter Mahligai...
Aku : Tiket balik Kelantan malam ni ada tak, akak?
Akak : Jap ye..adik nak turun kat mane?
Aku : Kota Bharu
Akak : Ada. Seat tingkat atas, belakang sekali.
Aku : Boleh la
Akak : Betul ke adik nak ni? Seat belakang sekali, tingkat atas?
Dalam hati aku, kenapa dengan akak ni..aku nak beli tiket bagi je la. Tapi, sebenarnya Allah dah bagi hint 2nd kat aku, something will happen..the 1st hint ialah hujan turun dengan lebat before aku keluar hostel..disebabkkan dalam hati ada
taman niat yang murni...aku teruskan langkahku ke surau...Sesampainya aku ke surau, aku melagakan hatiku yang gusar ni dengan membaca Al-Quran..lagipun, aku menunggu azan berkumandang..aku berpuasa pada hari itu...
The best way untuk mendidik hati and nafsu ialah dengan Qiammullai dan berpuasa di siang hari..tu apa yang aku baca dalam buku Biologi Nafsu Manusia karangan Hassan Al-Basri dari Indonesia...aku berusaha mempraktikkan apa yang aku baca...
Dah hampir nak azan, aku stop baca Quran, dan menghidangkan kepada diriku sendiri waffle coklat dan air mineral...tiba-tiba datang dua orang akak..seOrang duduk sebelah kanan dan seorang lagi di kiriku..Akak di sebelah kananku ini pakaiannya tampak solehah..memakai purdah dan bertutur dengan lembut sekali..kami bertiga sempat berbual-bual...biarpu aku tahu DO NOT TALK TO STRANGERS..well, aku a husnu dzon person..tindak-tanduknya juga cukup solehah, bertanyakan orang sekeliling dah masuk azan ke belum...
"Allahu Akbar Allahu Akbar....."
Wah, dah azan...dengan excitednya..aku makan dan meneguk air..of course lepas baca doa...
"Adik, akak nak solat kejap..nanti tolong jagakan barang akak kejap ye", akak tu bilang kat aku..
Aku hanya menangguk-anggukkan kepala..usai je akak tu solat..aku pula nak solat..dalam rakaat kedua solat Maghriku, Allah bagi hint ke3...tiba-tiba je aku ter su'u dzon dkat akak tu..tp aku cepat-cepat hilagkan su'u dzon aku tu..takkanlah aku nak berhenti solat...usai solat aku ke belakang..ku lihat kelibat beg galasku berisi Al-Quran, kain telekung(maye), mobile phone, beg duit, I/C, kad bank, ............, ............... dah tiada..then, aku tanya la orang sekeliling..
"Oooo, tadi ada orang pesan kat adik, dia nak pergi tandas kejap, kenapa ni adik?"....well, hatiku mula hiba..namun ku kuatkan semangat..maybe dia tolong jagakan beg aku kut...Alhamdulillah, akak yang duduk sebelah kiri aku tadi banyak membantu, walaupun baru kenal, dia satu U n coarse n satu fikrah dengan aku...aku dan menjejak akak tu sehingga ke tandas..tapi tak jumpa..then, kami pergi balik surau..
Orang ramai mula cemas, bertanyakan aku dah jumpa belum...tiba-tiba....mataku berkaca...muslimah sefikrah ada cakap dekat aku, akak tu pesan kat dia supaya bawa beg tu ke depan, pesan akak tu takut ada orang ambil dan dia sendiri pun pernah kena ugut..apalagi...dalam sedu, kaca di mataku pecah..jatuh membasahi pipi...sangkaan aku akak tu muslimah solehah..tapi sebenarnya hanyalah perempuan yang berselindung di sebalik kelembutan tutur kata dan purdah menutup mukanya..aku jadi geram dam sedih..lagaknya itu memalukan Islam...
I KNOW....MY HEART IS SO FRAGILE, BUT I'M NOT GIVING UP! O' ALLAH, STRENGTHEN ME MYSELF!
Namun, aku tetap wanita...setiap kataku terasa ada getaran biarpun cuba untuk mengukir senyuman menahan sebak...aku cuba call nunmber phone aku menggunakan phone muslimah sefikrah denganku...Alhamdulillah, she picked up my call..
Aku : Akak kat mana ni?
Akak : Hazirah ke ni?
Aku : Ya..akak kat mana sekarang ni?
Akak : Ok, Hazirah keluar surau dulu..jangan bagi orang lain dengar..(aku cukup innocent, ku turuti katanya)
Aku : Kenapa akak ambil beg saya. Akak tak kesian dekat saya ke?
Akak : Ok, kalau Hazirah nak balik beg ni boleh, Hazirah bagi tahu dulu nombor pin (Bank Islam).
Aku : Kenapa akak?
Akak : Hazirah bagi dulu..Akak nak pinjam 200 je..bukannya nak ambil pun
Aku : Kalau akak nak 200..kenapa tak minta je dengan saya..saya boleh bagi..akak bagi dulu beg saya...lepas tu kita pergi bank sama-sama..
Nampaknya, kata-kataku tidak cukup menyakinkan akak tu..dia meletakkan gagang..apa yang aku ingin lakukan sekarang ialah balik Ampang...Alhamdulillah, Allah tidak menguji hambanya dengan meninggalkan hambanya sendirian...DIA telah menghadirkan insan-insan yang banyak membantu aku especially K.Syuma, K. Anis, K. Irah, K. Aisyah, K. Yana, Mira Izzati n her friend dan ramai lagi yang aku sendiri pun terlupa nak tanya nama mereka..Asif ye...
Dipendekkan cerita...aku dah buat report polis n terninate/block kad bank..
Ok, apa yang aku nak stress out sebenarya ialah betapa indahnya aturan Allah dan hikmah kejadian kali ini...
- Firstly, yang amat terkesan di hatiku ilah amali konsep Tadhiyyah (pengorbanan) tu sendiri..Allah nak uji aku, apa aku hanya manusia yang hanya mampu melaksanakan atau hanya mampu berkata-kata sahaja. Surah As-Saff, ayat kedua dan ketiga...namun, aku tak cukup kuat untuk terus berjuang balik ke Kelantan (in trauma plus no money and x ingat contact numbers even my parents)...so Nor, ambil pengajaran...You have to pay more toget more!..hidayah+taufik Allah tu tak ternilai hanganya...total up, aku rugi about RM 1K...nak dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah and sahabat, jauh sekali....
- Then, sal tiket bas, hikmahnya cukup besar, Alhamdulillah tiket tu hilang sekali...Allah ingin melindungiku...mungkin yang akan duduk di sebelah aku dalam bas nanti lelaki ajnabiyy, seat atas paling belakang pula tu..cukup mendebarkan...something even worse may happen, right?
- Hmm....sal mobile phone..aku cukup-cukup redha...Allah sedang menegur aku...sejak akhir-akhir ni aku cukup lalai melayani mesej-mesej dalam phone...selalu juga aku membelek-belek mesej-mesej yang sama berulang-ulang kali..sehingga aku alpa melayani perasaan aku ini... He knows you the best, Nor! Aku juga yang memohon kepadaNya untuk aku lebih dekat denganNya, thank you Allah for giving me the second chance to change....nampaknya aku kena betul-betul muhasabah balik..buat 'sahabat'ku..maafkan aku...nampaknya semua mesej kita Allah telah deletekan...tapi ini tak merubah apa-apa..(buat yang memahami)

Kita yang membuat dan melaksanakan pilihan kita...Fikir-fikikanlah...
~Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~
Yang paling utama...aku minta maaf sangat-sangat kepada adik-adikku...akakmu ini tak mampu menunaikan janjinya...maafkan aku dan fahamilah aku....Wallahua'lam