Aku dan Kamu!

Kesabaran menuntun kepada kesyukuran...Redha menuntut kerelaan..Pasrah menghapus resah..Ikhlas membawa bahagia..

Tuesday, 17 January 2012

Things to Change

Alhamdulillah, dah habis exam hari ini...lega sangat-sangat...paper Physiology memang betul-betul menguji mental aku..dan hari ini juga hari last aku di Glen View Villa untuk first sem ni...tak sabar rasanya nak balik Kelantan...nak kutip sebanyak mungkin hikmah di bumi barakah tersebut...rindu yang amat sangat untuk berada di samping keluarga tercinta...aku ada banyak misi yang perlu dilaksanakan..Ya Allah, berikan aku kekuatan...

Honestly, aku dapat rasa result first sem aku ni 'burn'...maksudnya, i have to boost up myself to be a persevere and hardworking medical student start from now...who wants to consult over a lazy doctor, right? i have to change my attitude...siapa-siapa pun, jom tingkatkan usaha! Kita sedang meningkat dewasa, usaha kita juga perlu meningkat....dalam apa jua bidang, akademik, jemaah, muamalat, dan sebagainya...jangan hanya menunggu waktu untuk berubah, buatlah perubahan tu sekarang...aku ingin jadi yang terbaik untuk diri aku....dan aku ingin persembahkan segala perubahan dan kebaikan aku hanya kepada Allah...

"Siapakah orang yang berakal? Orang yang berakal orang yang akan menghuni syurga, kerana pada masa hidupnya dia menggunakan akalnya untuk mejauhkan diri dari melakukan dosa dan maksiat..."


Jom sama-sama kita baiki diri! Tiada yang mustahil di dunia ini dengan izin Allah. Lantaklah apa orang nak cakap tentang kita..yang penting benda yang kita buat ni baik untuk kita dan baik untuk agama kita. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan amalkanlah ilmu tersebut, jangan sampai berkarat, hati pasti mati...


Macam mana pula dengan ibadah kita...well, yang wajib alias fardhu wajiblah kita laksanakan, dan lagi bagus jika di awal waktu...nak lagi bagus, baca Al-Quran setiap hari, puasa Isnin dan Khamis, serta qiamullai...aku boleh, aku hebat.....dan kamu pasti lebih boleh, dan kamu lebih hebat!! Tapi jangan lupa, selalu doa dekat Allah, agar segala yang kita lakukan ikhlas kerananya, takut nanti perasaan 'ujub dan riya' menghantui kita...dan jom kita sama-sama anti-maksiat dan jauhi perkara yang mendekatkan kita dengan dosa...honestly, sometimes aku rasa aku tak mengenakan pakaian yang betul-betul solehah, rasa tak selesa biarpun betudung dan berbaju kurung...rasa macam ada yang aku tak tutup lagi...well, sekarang ni aku nak kurangkan berseluar panjang dan mencuba untuk memakai tudung labuh...Ya Allah, berikan aku kekuatan sekali lagi untuk peubahan ini dan jadikanlah aku hamba yang istiqamah. Ameen.

Duhai diri, janganlah dikau leka dengan keindahan dunia yang fana ini. Ayuh, bangkitlah diri menuju mardhotillah! Siiru 'ala barokatillah.

2 comments: