"Apa kamu mengira aku mudah dipermainkan? Apakah kamu mengira aku cukup mudah diinjak-injak? Dan apakah kamu mengira mudh untuk kamu mengoyak-ngoyakkan hati dan perasaan aku"
~gimik semata-mata~
First of all..aku rasa tak sedap hati...apakah perjuangan aku ini tiada guna? Errr...maksudnya ialah adakah aku betul-betul ikhlas dan komited?...atau aku hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pelengkap syarat kerana mengharapkan syurganya semata-mata? Adakah aku hanya melihat perjuangan di dunia ini hanya pelaburan semata-mata di akhirat kelak? Atau adakah aku benar-benar mampu menunaikan ikrar taat setia dengan Allah?
Semua ini adalah persoalan-persoalan hidupku dan aku masih terkapai-kapai mencari ketetapan hati untuk terus berada di jalannya...
RAMAI SAHAJA MANUSIA HIDUP BERSAMA ISLAM,
TAPI BERAPA RAMAIKAH YANG HIDUP UNTUK ISLAM?
Jika kamu cintakan Islam, zahirkanlah cinta kamu kerana Allah dalam apa cara dan jalan sekalipun.
Berjuanglah!
Ingin sekali aku sertakan satu ayat Al-Quran yang cukup memotivasikan aku,
Mafhumnya: "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darajatnya), jika kamu orang beriman."
~Surah Ali Imraan, verse 139.~
Tidaklah aku mengatakan diri aku ini cukup tegar dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, sekadar perkongsian jujur aku mengatakan bahawa aku hanyalah manusia lemah yang masih bertatih dalam perjuangan walaupun sepatutnya aku sudah mampu berjalan melaksanakan apa yang pernah aku bersumpah taat setia pada suatu ketika dahulu...(terasa malu dengan kelemahan diri)...NAMUN, aku yakin selagi aku masih berkeinginan untuk menjadi salah seorang pejuangNya...DIA pasti membantu aku...DIA tak pernah memerlukan aku untuk menegakkan Islam tetapi akulah yang amat-amat memerlukan DIA dengan memperjuangkan Islam yang sememangnya tertegak sejak dahulu lagi...
Sedikit pesanan yang ingin aku gariskan dan aku lupa siapa yang menyampaikan. Asif. Beliau mengatakan sememangnya ikhlas ini merupakan salah satu rahsia Allah. Tiada sesiapa yang dapat menilai keikhlasan kecuali DIA...so, sentiasalah istiqamah melakukan kebaikan eventhough kita ragu-ragu takut kebaikan yang kita lakukan ini hanyalah perasan riya' or 'ujub and so on...yang paling penting ISTIQAMAH and sentiasa meminta kepadaNYA untuk memiliki hati yang ikhlas dalam segenap hal...and I am aiming for mardhotillah..ameen...
Last but not least...aku nak share sikit apa yang aku dapat dekat lecture hall...
Penyakit ILMU adalah LUPA
Penyakit IBADAH adalah RIYA'
Penyakit MALU adalah LEMAH
Penyakit BERANI adalah MAKAN DIRI
Penyakit CANTIK adalah SOMBONG
Penyakit AGAMA adalah HAWA NAFSU
Penyakit TAAT adalah FANATIK
Penyakit KEMULIAAN adalah MENONJOL DIRI
Penyakit BANGSAWAN adalah BANGGA DIRI
Penyakit BUDI PEKERTI adalah MEMUJI DIRI






