Aku dan Kamu!

Kesabaran menuntun kepada kesyukuran...Redha menuntut kerelaan..Pasrah menghapus resah..Ikhlas membawa bahagia..

Saturday, 21 April 2012

Menangani Gejala Futur dalam Harakah Islamiyyah

Apa itu futur?

Dari segi bahasa: 
  • berhenti dan melengah-lengahkan perjuangan sesudah berjalan
  • diam selepas bergerak
  • malas dan  berlengah-lengah selepas bergerak aktif
Dari segi istilah:
  • satu penyakit yang menimp 'amilin (abna'ul harakah) yang peringkat paling rendah penyakit itu adlah dengan merasa malas dan melengah-lengah dan yang paling tinggi adalah dengan berhentu terus atau diam selepas bergerak cergas
Sebab- sebab berlakunya gejala futur
  1. sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama (syadid)
  2. membazir dan melampaui batas dalam perkara yang diharuskan
  3. mufaraqah (memilih hidup beruzlah dengan meninggalkan jemaah)
  4. kurang mengingati mati dan hari akhirat
  5. pengabaian dalam melakukan ibadah harian
  6. megambil makanan yang haram dan syubhah
  7. 'amilin hanya minat mendalami ilmu dalam bidang2 atau sudut2 tertentu sahaja
  8. gagal memhami sunnatullah dalm dan kehidupan
  9. mengabaikan hak tubuh badan dengan melakukan semua tugasan
  10. tidak bersedia menghadapi cabaran dalam perjuangan
  11. mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
  12. buat kerja sambil lewa
  13. terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya selalu membuat dosa-dosa kecil dan memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan
Cara merawat gejala futur
  1. jauhkan diri dari maksiat
  2. berteusan melakukan ibadah harian (wajib dan sunat)
  3. menintai waktu2 yang afdhal untuk beribadah (qiamullai)
  4. bebaskan diri dari keterlaluan dalam agama
  5. meletakka diri dalam dakapan jemaah
  6. memberi perhatian kepada sunnatulah yang wujud pada manusia dan keseluruhannya
  7. bersedia untuk menghadapi cabaran dan rintangan dalm kehidupan
  8. meneliti dan bertindak secara sistematik
  9. sentiasa mendampingi orang yang soleh
  10. memberi hak yang sepatutya kepada badan
  11. menghiburkan diri dengan perlakuan yang harus
  12. sentiasa ingat mati dan perihal kubur
  13. sentiasa ingat syurga dan neraka
  14. sentiasa menghdiri mjlis ilmu
  15. terima Islam secara keseluruhan
  16. lakukan muhasabah dan mengkaji diri setiap masa
*input yang saya dapat semasa join satu majlis ilmu di kubang kerian bersama-sama sahabat yang berada di pantai timur...sangat seronok berjumpa dengan mereka..