Aku dan Kamu!

Kesabaran menuntun kepada kesyukuran...Redha menuntut kerelaan..Pasrah menghapus resah..Ikhlas membawa bahagia..

Friday, 2 March 2018

Harapan buat Kita

Sesak dada aku memikirkan akan hubungan kita. Masih adakah ruang dan harapan untuk kita sama-sama menggapai impian yang ingin kita bina?

Kita saling ingin disatukan. Namun, apakan daya. Aku rasa ini adalah halangan terbesar dalam perhubungan kita. Kau dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah kabulkan doa kita dan leburkan halangan tersebut.

Sekiranya memang kita tak berjodoh, kau lepaskan aku. Aku tidak ingin menanggung derita selepas kita disatukan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sungguh, aku begitu sedih memikirkan sekiranya kita harus berpisah.

Namun, aku percaya akan adanya hikmah yang besar di sebalik ujian kita ini. Mungkin Allah ingin kita lebih mempersiapkan diri kita lagi. Percayalah sekiranya kita memang berjodoh, sejauh mana jarak masa pun pasti kita akan bertaut jua.

No comments:

Post a Comment