Aku dan Kamu!

Kesabaran menuntun kepada kesyukuran...Redha menuntut kerelaan..Pasrah menghapus resah..Ikhlas membawa bahagia..

Tuesday, 17 January 2012

Things to Change

Alhamdulillah, dah habis exam hari ini...lega sangat-sangat...paper Physiology memang betul-betul menguji mental aku..dan hari ini juga hari last aku di Glen View Villa untuk first sem ni...tak sabar rasanya nak balik Kelantan...nak kutip sebanyak mungkin hikmah di bumi barakah tersebut...rindu yang amat sangat untuk berada di samping keluarga tercinta...aku ada banyak misi yang perlu dilaksanakan..Ya Allah, berikan aku kekuatan...

Honestly, aku dapat rasa result first sem aku ni 'burn'...maksudnya, i have to boost up myself to be a persevere and hardworking medical student start from now...who wants to consult over a lazy doctor, right? i have to change my attitude...siapa-siapa pun, jom tingkatkan usaha! Kita sedang meningkat dewasa, usaha kita juga perlu meningkat....dalam apa jua bidang, akademik, jemaah, muamalat, dan sebagainya...jangan hanya menunggu waktu untuk berubah, buatlah perubahan tu sekarang...aku ingin jadi yang terbaik untuk diri aku....dan aku ingin persembahkan segala perubahan dan kebaikan aku hanya kepada Allah...

"Siapakah orang yang berakal? Orang yang berakal orang yang akan menghuni syurga, kerana pada masa hidupnya dia menggunakan akalnya untuk mejauhkan diri dari melakukan dosa dan maksiat..."


Jom sama-sama kita baiki diri! Tiada yang mustahil di dunia ini dengan izin Allah. Lantaklah apa orang nak cakap tentang kita..yang penting benda yang kita buat ni baik untuk kita dan baik untuk agama kita. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan amalkanlah ilmu tersebut, jangan sampai berkarat, hati pasti mati...


Macam mana pula dengan ibadah kita...well, yang wajib alias fardhu wajiblah kita laksanakan, dan lagi bagus jika di awal waktu...nak lagi bagus, baca Al-Quran setiap hari, puasa Isnin dan Khamis, serta qiamullai...aku boleh, aku hebat.....dan kamu pasti lebih boleh, dan kamu lebih hebat!! Tapi jangan lupa, selalu doa dekat Allah, agar segala yang kita lakukan ikhlas kerananya, takut nanti perasaan 'ujub dan riya' menghantui kita...dan jom kita sama-sama anti-maksiat dan jauhi perkara yang mendekatkan kita dengan dosa...honestly, sometimes aku rasa aku tak mengenakan pakaian yang betul-betul solehah, rasa tak selesa biarpun betudung dan berbaju kurung...rasa macam ada yang aku tak tutup lagi...well, sekarang ni aku nak kurangkan berseluar panjang dan mencuba untuk memakai tudung labuh...Ya Allah, berikan aku kekuatan sekali lagi untuk peubahan ini dan jadikanlah aku hamba yang istiqamah. Ameen.

Duhai diri, janganlah dikau leka dengan keindahan dunia yang fana ini. Ayuh, bangkitlah diri menuju mardhotillah! Siiru 'ala barokatillah.

Thursday, 5 January 2012

Yang mana perlu aku pilih?

Yang aku rasa baik di mata aku tapi aku tak pasti baik pada pandangan Allah....
atau aku lepaskan sesuatu yang aku rasa susah nak lepaskan yang kadang-kadang buat aku rasa tak tenang....

Hidup ini penuh dengan persoalan...siapa kita pada hari ini tidak melambangkan siapa kita pada esoknya...mungkin hari ini aku pelajar perubatan...tapi di depan hari aku tidak semestinya seorang doktor...aku hanya mampu berharap dan berusaha semaksimanya dan yang amat pasti DIA yang menentukan...

Ya Allah, aku mohon kepadaMu untuk melimpahkan aku yang menurutMu baik untuk aku dan agamaku...harapanku agar segala keputusan aku di depan hari adalah mengikut redhamu dan bukanlah mengikut kemahuan dan keinginanku semata-mata...

Indahnya persahabatan mempunyai sahabat yang tidak bosan mendengar luahanku, dan yang paling aku hargai ialah nasihat mereka supaya aku tidak pernah lari dari Pencipta...

Siapa aku untuk berada jauh dariMu? Sedangkan aku masih menumpang rezeki di bawah rahmatMu...
Siapa aku untuk melupakanMu? Sedangkan aku mengingati yang lain atas dasar ihsanMu kepada hambaMu...
Siapa aku untuk menduakanMu dalam hatiku? Sedangkan aku hanyalah hamba hina yang tak pernah cukup mengizharkan rasa syukur aku kepadaMu...
Siapalah aku untuk menolak apa yang telah Kau takdirkan untukku? Sedangkan Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini...


Ya, sememangnya apa yang aku karyakan di sini adalah hakikat yang menimpa diri aku, namun harapanku jua dapat memberi manfaat kepada pembaca...


Segalanya kerana Allah...InsyaAllah

Friday, 2 December 2011

Ada Hikmah di Sebaliknya

Bismillahirrahmanirrahim....

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un wa alhamdulillah...

Tinta tulisanku kali ini berkisarkan permulaan hidup sebagai orang yang mengaku ingin menegakkan agama Allah..well, seperti yang aku postkan sebelum ini..aku bukanlah orang yang tegar berdepan dengan mehnah dan tribulasi...tetapi apa yang berlaku semalam cukup membuka mata aku...termasuk mata hatiku...segala-galanya cukup indah aturan Allah..

Dalam pukul 6.20 petang, aku sampai di Perhentian Bas Putra, niatku hanya satu, untuk beli tiket ke Kelantan..hasratku cukup luhur, untuk berjumpa adik-adik yang amat aku sayangi yang masih belajar di taman tarbiah aku dulu...aku cukup bersedia..aku ingin berceritakan kepada mereka pasal Tadhiyyah...aku cukup bermotivasi ketika itu walau berseorangan..setiap saat di fikiranku hanya mereka.

Aku tak dapat beli tiket SANI, sebab tiket nak balik Kelantan pada malam dah tu penuh..aku teruskan langkah ke kaunter Mahligai...

Aku     : Tiket balik Kelantan malam ni ada tak, akak?
Akak   : Jap ye..adik nak turun kat mane?
Aku     : Kota Bharu
Akak   : Ada. Seat tingkat atas, belakang sekali.
Aku     : Boleh la
Akak   : Betul ke adik nak ni? Seat belakang sekali, tingkat atas?

Dalam hati aku, kenapa dengan akak ni..aku nak beli tiket bagi je la. Tapi, sebenarnya Allah dah bagi hint 2nd kat aku, something will happen..the 1st hint ialah hujan turun dengan lebat before aku keluar hostel..disebabkkan dalam hati ada  taman  niat yang murni...aku teruskan langkahku ke surau...Sesampainya aku ke surau, aku melagakan hatiku yang gusar ni dengan membaca Al-Quran..lagipun, aku menunggu azan berkumandang..aku berpuasa pada hari itu...

The best way untuk mendidik hati and nafsu ialah dengan Qiammullai dan berpuasa di siang hari..tu apa yang aku baca dalam buku Biologi Nafsu Manusia karangan Hassan Al-Basri dari Indonesia...aku berusaha mempraktikkan apa yang aku baca...

Dah hampir nak azan, aku stop baca Quran, dan menghidangkan kepada diriku sendiri waffle coklat dan air mineral...tiba-tiba datang dua orang akak..seOrang duduk sebelah kanan dan seorang lagi di kiriku..Akak di sebelah kananku ini pakaiannya tampak solehah..memakai purdah dan bertutur dengan lembut sekali..kami bertiga sempat berbual-bual...biarpu aku tahu DO NOT TALK TO STRANGERS..well, aku a husnu dzon person..tindak-tanduknya juga cukup solehah, bertanyakan orang sekeliling dah masuk azan ke belum...

"Allahu Akbar Allahu Akbar....."

Wah, dah azan...dengan excitednya..aku makan dan meneguk air..of course lepas baca doa...
"Adik, akak nak solat kejap..nanti tolong jagakan barang akak kejap ye", akak tu bilang kat aku..

Aku hanya menangguk-anggukkan kepala..usai je akak tu solat..aku pula nak solat..dalam rakaat kedua solat Maghriku, Allah bagi hint ke3...tiba-tiba je aku ter su'u dzon dkat akak tu..tp aku cepat-cepat hilagkan su'u dzon aku tu..takkanlah aku nak berhenti solat...usai solat aku ke belakang..ku lihat kelibat beg galasku berisi Al-Quran, kain telekung(maye), mobile phone, beg duit, I/C, kad bank, ............, ............... dah tiada..then, aku tanya la orang sekeliling..

"Oooo, tadi ada orang pesan kat adik, dia nak pergi tandas kejap, kenapa ni adik?"....well, hatiku mula hiba..namun ku kuatkan semangat..maybe dia tolong jagakan beg aku kut...Alhamdulillah, akak yang duduk sebelah kiri aku tadi banyak membantu, walaupun baru kenal, dia satu U n coarse n satu fikrah dengan aku...aku dan menjejak akak tu sehingga ke tandas..tapi tak jumpa..then, kami pergi balik surau..

Orang ramai mula cemas, bertanyakan aku dah jumpa belum...tiba-tiba....mataku berkaca...muslimah sefikrah ada cakap dekat aku, akak tu pesan kat dia supaya bawa beg tu ke depan, pesan akak tu takut ada orang ambil dan dia sendiri pun pernah kena ugut..apalagi...dalam sedu, kaca di mataku pecah..jatuh membasahi pipi...sangkaan aku akak tu muslimah solehah..tapi sebenarnya hanyalah perempuan yang berselindung di sebalik kelembutan tutur kata dan purdah menutup mukanya..aku jadi geram dam sedih..lagaknya itu memalukan Islam...

I KNOW....MY HEART IS SO FRAGILE, BUT I'M NOT GIVING UP! O' ALLAH, STRENGTHEN ME MYSELF!

Namun, aku tetap wanita...setiap kataku terasa ada getaran biarpun cuba untuk mengukir senyuman menahan sebak...aku cuba call nunmber phone aku menggunakan phone muslimah sefikrah denganku...Alhamdulillah, she picked up my call..

Aku    : Akak kat mana ni?
Akak  : Hazirah ke ni?
Aku    : Ya..akak kat mana sekarang ni?
Akak  : Ok, Hazirah keluar surau dulu..jangan bagi orang lain dengar..(aku cukup innocent, ku turuti katanya)
Aku    : Kenapa akak ambil beg saya. Akak tak kesian dekat saya ke?
Akak  : Ok, kalau Hazirah nak balik beg ni boleh, Hazirah bagi tahu dulu nombor pin (Bank Islam).
Aku    : Kenapa akak?
Akak  : Hazirah bagi dulu..Akak nak pinjam 200 je..bukannya nak ambil pun
Aku    : Kalau akak nak 200..kenapa tak minta je dengan saya..saya boleh bagi..akak bagi dulu beg saya...lepas tu kita pergi bank sama-sama..


Nampaknya, kata-kataku tidak cukup menyakinkan akak tu..dia meletakkan gagang..apa yang aku ingin lakukan sekarang ialah balik Ampang...Alhamdulillah, Allah tidak menguji hambanya dengan meninggalkan hambanya sendirian...DIA telah menghadirkan insan-insan yang banyak membantu aku especially K.Syuma, K. Anis, K. Irah, K. Aisyah, K. Yana, Mira Izzati n her friend dan ramai lagi yang aku sendiri pun terlupa nak tanya nama mereka..Asif ye...

Dipendekkan cerita...aku dah buat report polis n terninate/block kad bank..

Ok, apa yang aku nak stress out sebenarya ialah betapa indahnya aturan Allah dan hikmah kejadian kali ini...

  1. Firstly, yang amat terkesan di hatiku ilah amali konsep Tadhiyyah (pengorbanan) tu sendiri..Allah nak uji aku, apa aku hanya manusia yang hanya mampu melaksanakan atau hanya mampu berkata-kata sahaja. Surah As-Saff, ayat kedua dan ketiga...namun, aku tak cukup kuat untuk terus berjuang balik ke Kelantan (in trauma plus no money and x ingat contact numbers even my parents)...so Nor, ambil pengajaran...You have to pay more toget more!..hidayah+taufik Allah tu tak ternilai hanganya...total up, aku rugi about RM 1K...nak dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah and sahabat, jauh sekali....
  2. Then, sal tiket bas, hikmahnya cukup besar, Alhamdulillah tiket tu hilang sekali...Allah ingin melindungiku...mungkin yang akan duduk di sebelah aku dalam bas nanti lelaki ajnabiyy, seat atas paling belakang pula tu..cukup mendebarkan...something even worse may happen, right?
  3. Hmm....sal mobile phone..aku cukup-cukup redha...Allah sedang menegur aku...sejak akhir-akhir ni aku cukup lalai melayani mesej-mesej dalam phone...selalu juga aku membelek-belek mesej-mesej yang sama berulang-ulang kali..sehingga aku alpa melayani perasaan aku ini... He knows you the best, Nor! Aku juga yang memohon kepadaNya untuk aku lebih dekat denganNya, thank you Allah for giving me the second chance to change....nampaknya aku kena betul-betul muhasabah balik..buat 'sahabat'ku..maafkan aku...nampaknya semua mesej kita Allah telah deletekan...tapi ini tak merubah apa-apa..(buat yang memahami)


Kita yang membuat dan melaksanakan pilihan kita...Fikir-fikikanlah...

~Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~

Yang paling utama...aku minta maaf sangat-sangat kepada adik-adikku...akakmu ini tak mampu menunaikan janjinya...maafkan aku dan fahamilah aku....Wallahua'lam

Thursday, 24 November 2011

Untung Rugi

"Apa kamu mengira aku mudah dipermainkan? Apakah kamu mengira aku cukup mudah diinjak-injak? Dan apakah kamu mengira mudh untuk kamu mengoyak-ngoyakkan hati dan perasaan aku"

~gimik semata-mata~

First of all..aku rasa tak sedap hati...apakah perjuangan aku ini tiada guna? Errr...maksudnya ialah adakah aku betul-betul ikhlas dan komited?...atau aku hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pelengkap syarat kerana mengharapkan syurganya semata-mata? Adakah aku hanya melihat perjuangan di dunia ini hanya pelaburan semata-mata di akhirat kelak? Atau adakah aku benar-benar mampu menunaikan  ikrar taat setia dengan Allah?

Semua ini adalah persoalan-persoalan hidupku dan aku masih terkapai-kapai mencari ketetapan hati untuk terus berada di jalannya...

RAMAI SAHAJA MANUSIA HIDUP BERSAMA ISLAM,
TAPI BERAPA RAMAIKAH YANG HIDUP UNTUK ISLAM?



Jika kamu cintakan Islam, zahirkanlah cinta kamu kerana Allah dalam apa cara dan jalan sekalipun.
Berjuanglah!


Ingin sekali aku sertakan satu ayat Al-Quran yang cukup memotivasikan aku,

Mafhumnya: "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darajatnya), jika kamu orang beriman."
~Surah Ali Imraan, verse 139.~

Tidaklah aku mengatakan diri aku ini cukup tegar dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, sekadar perkongsian jujur aku mengatakan bahawa aku hanyalah manusia lemah yang masih bertatih dalam perjuangan    walaupun sepatutnya aku sudah mampu berjalan melaksanakan apa yang pernah aku bersumpah taat setia pada suatu ketika dahulu...(terasa malu dengan kelemahan diri)...NAMUN, aku yakin selagi aku masih berkeinginan untuk menjadi salah seorang pejuangNya...DIA pasti membantu aku...DIA tak pernah memerlukan aku untuk menegakkan Islam tetapi akulah yang amat-amat memerlukan DIA dengan memperjuangkan Islam yang sememangnya tertegak sejak dahulu lagi...

Sedikit pesanan yang ingin aku gariskan dan aku lupa siapa yang menyampaikan. Asif. Beliau mengatakan sememangnya ikhlas ini merupakan salah satu rahsia Allah. Tiada sesiapa yang dapat menilai keikhlasan kecuali DIA...so, sentiasalah istiqamah melakukan kebaikan eventhough kita ragu-ragu takut kebaikan yang kita lakukan ini hanyalah perasan riya' or 'ujub and so on...yang paling penting ISTIQAMAH and sentiasa meminta kepadaNYA untuk memiliki hati yang ikhlas dalam segenap hal...and I am aiming for mardhotillah..ameen...


Last but not least...aku nak share sikit apa yang aku dapat dekat lecture hall...

Penyakit ILMU adalah LUPA
Penyakit IBADAH adalah RIYA'
Penyakit MALU adalah LEMAH
Penyakit BERANI adalah MAKAN DIRI
Penyakit CANTIK adalah SOMBONG 
Penyakit AGAMA adalah HAWA NAFSU
Penyakit TAAT adalah FANATIK
Penyakit KEMULIAAN adalah MENONJOL DIRI
Penyakit BANGSAWAN adalah BANGGA DIRI
Penyakit BUDI PEKERTI adalah MEMUJI DIRI

sekadar gambar hiasan


Maafkan aku andainya aku melakukan kesalahan...aku juga tidak ingin menjadi fitnah perjuangan kepada diriku sendiri, sahabat-sahabat, jemaah apatah lagi AGAMA...

Friday, 18 November 2011

Mi Amor


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

"Try to treat other people as well as you treat yourself or even better, 
and please do not expect others to treat you like you wish.
NEVER!"


Kita selalu gaduh kan? Tapi aku tak kisah, kita gaduh-gaduh manja (ye la sangat)....kalau setakat lebam-lebam tu biasa je...Lagipun bukan selalu kita gaduh kan?..


Tapi..bila kita having fun sama-sama, aku rasa seronok sangat-sangat..aku ingat kau dah anggap aku macam kawan baik...aku sayang sangat kat engkau...



Hummm...menyibuk betul la dia tu...aku ingat kita kawan berdua je...tak tahu kenapa...tiba-tiba aku rasa jealous...sakit hati sangat....kenapa aku rasa seolah-olah kau dah tak layan aku macam dulu.....


akhirnya aku merajuk...tapi kau tetap sabar melayan karenah aku...kau tetap sanggup pujuk aku...padahal kau tahu kau langsung tak buat salah pada aku...aku je yang kecil hati...


Haha....last-last sekali...kita kawan balik...kau memang!!...ingatkan bila dah kawan balik ni...kita kan borak-borak cam selalu...TAPI...kalu dah ada lappy kt depan mata...aku kat sebelah kau pun kau tak perasan....

Entahlah ada kaitan or takde...tapi tak kisah la...sebenarnya dah lama si penulis nak bagi tahu benda ni kat kawan-kawan and tak dilupakan juga buat si pembaca yang si penulis ni agak 'sensitif'...huhu..tapi tu dulu la...sekarang dah open-minded sikit...eh..eh..maksudnye si penulis ni dah 'matured'...Alhamdulillah (harapnye la)..

Emm...macam mana ekk nak cakap...kebanyakan (or less) dari kita ni...berperangai macam BUDAK-BUDAK...mengada-ngada!!!...sikit-sikit tendang pintu...sikit-sikit buat sepah tak tentu pasal...sikit-sikit nak 'mengaum'...sikit-sikit nangis...

opps...jangan salah faham pula..apa yang penulis nak 'tulis' adalah...kita tak bolehlah ...nak berada di zon selesa selalu...tak boleh la nak expect orang sekeliling always treat us nicely..kira ok la kalau ad lecturers/ teachers marah kita..or tiba-tiba kawan kita dah tak layan kita ke...or tiba-tiba orang yang kita benci @ kita rasa menyampah nak berkepit je dengan kita...COOL je la...coz sometime..orang yang sakitkan hati kita tu lah yang akan buat kita makin cekal...n benda yang kita tak suka pula akan buat kita makin tabah and sabar...juz appreciate your life going...

KITA TAKKAN PERNAH KENAL RASA MANIS KALAU KITA TAK PERNAH MERASAI PAHIT.



You absolutely can count on me! I am a good friend of yours.

~Wallahua'lam~