Aku dan Kamu!

Kesabaran menuntun kepada kesyukuran...Redha menuntut kerelaan..Pasrah menghapus resah..Ikhlas membawa bahagia..

Thursday, 24 November 2011

Untung Rugi

"Apa kamu mengira aku mudah dipermainkan? Apakah kamu mengira aku cukup mudah diinjak-injak? Dan apakah kamu mengira mudh untuk kamu mengoyak-ngoyakkan hati dan perasaan aku"

~gimik semata-mata~

First of all..aku rasa tak sedap hati...apakah perjuangan aku ini tiada guna? Errr...maksudnya ialah adakah aku betul-betul ikhlas dan komited?...atau aku hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pelengkap syarat kerana mengharapkan syurganya semata-mata? Adakah aku hanya melihat perjuangan di dunia ini hanya pelaburan semata-mata di akhirat kelak? Atau adakah aku benar-benar mampu menunaikan  ikrar taat setia dengan Allah?

Semua ini adalah persoalan-persoalan hidupku dan aku masih terkapai-kapai mencari ketetapan hati untuk terus berada di jalannya...

RAMAI SAHAJA MANUSIA HIDUP BERSAMA ISLAM,
TAPI BERAPA RAMAIKAH YANG HIDUP UNTUK ISLAM?



Jika kamu cintakan Islam, zahirkanlah cinta kamu kerana Allah dalam apa cara dan jalan sekalipun.
Berjuanglah!


Ingin sekali aku sertakan satu ayat Al-Quran yang cukup memotivasikan aku,

Mafhumnya: "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darajatnya), jika kamu orang beriman."
~Surah Ali Imraan, verse 139.~

Tidaklah aku mengatakan diri aku ini cukup tegar dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, sekadar perkongsian jujur aku mengatakan bahawa aku hanyalah manusia lemah yang masih bertatih dalam perjuangan    walaupun sepatutnya aku sudah mampu berjalan melaksanakan apa yang pernah aku bersumpah taat setia pada suatu ketika dahulu...(terasa malu dengan kelemahan diri)...NAMUN, aku yakin selagi aku masih berkeinginan untuk menjadi salah seorang pejuangNya...DIA pasti membantu aku...DIA tak pernah memerlukan aku untuk menegakkan Islam tetapi akulah yang amat-amat memerlukan DIA dengan memperjuangkan Islam yang sememangnya tertegak sejak dahulu lagi...

Sedikit pesanan yang ingin aku gariskan dan aku lupa siapa yang menyampaikan. Asif. Beliau mengatakan sememangnya ikhlas ini merupakan salah satu rahsia Allah. Tiada sesiapa yang dapat menilai keikhlasan kecuali DIA...so, sentiasalah istiqamah melakukan kebaikan eventhough kita ragu-ragu takut kebaikan yang kita lakukan ini hanyalah perasan riya' or 'ujub and so on...yang paling penting ISTIQAMAH and sentiasa meminta kepadaNYA untuk memiliki hati yang ikhlas dalam segenap hal...and I am aiming for mardhotillah..ameen...


Last but not least...aku nak share sikit apa yang aku dapat dekat lecture hall...

Penyakit ILMU adalah LUPA
Penyakit IBADAH adalah RIYA'
Penyakit MALU adalah LEMAH
Penyakit BERANI adalah MAKAN DIRI
Penyakit CANTIK adalah SOMBONG 
Penyakit AGAMA adalah HAWA NAFSU
Penyakit TAAT adalah FANATIK
Penyakit KEMULIAAN adalah MENONJOL DIRI
Penyakit BANGSAWAN adalah BANGGA DIRI
Penyakit BUDI PEKERTI adalah MEMUJI DIRI

sekadar gambar hiasan


Maafkan aku andainya aku melakukan kesalahan...aku juga tidak ingin menjadi fitnah perjuangan kepada diriku sendiri, sahabat-sahabat, jemaah apatah lagi AGAMA...

Friday, 18 November 2011

Mi Amor


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

"Try to treat other people as well as you treat yourself or even better, 
and please do not expect others to treat you like you wish.
NEVER!"


Kita selalu gaduh kan? Tapi aku tak kisah, kita gaduh-gaduh manja (ye la sangat)....kalau setakat lebam-lebam tu biasa je...Lagipun bukan selalu kita gaduh kan?..


Tapi..bila kita having fun sama-sama, aku rasa seronok sangat-sangat..aku ingat kau dah anggap aku macam kawan baik...aku sayang sangat kat engkau...



Hummm...menyibuk betul la dia tu...aku ingat kita kawan berdua je...tak tahu kenapa...tiba-tiba aku rasa jealous...sakit hati sangat....kenapa aku rasa seolah-olah kau dah tak layan aku macam dulu.....


akhirnya aku merajuk...tapi kau tetap sabar melayan karenah aku...kau tetap sanggup pujuk aku...padahal kau tahu kau langsung tak buat salah pada aku...aku je yang kecil hati...


Haha....last-last sekali...kita kawan balik...kau memang!!...ingatkan bila dah kawan balik ni...kita kan borak-borak cam selalu...TAPI...kalu dah ada lappy kt depan mata...aku kat sebelah kau pun kau tak perasan....

Entahlah ada kaitan or takde...tapi tak kisah la...sebenarnya dah lama si penulis nak bagi tahu benda ni kat kawan-kawan and tak dilupakan juga buat si pembaca yang si penulis ni agak 'sensitif'...huhu..tapi tu dulu la...sekarang dah open-minded sikit...eh..eh..maksudnye si penulis ni dah 'matured'...Alhamdulillah (harapnye la)..

Emm...macam mana ekk nak cakap...kebanyakan (or less) dari kita ni...berperangai macam BUDAK-BUDAK...mengada-ngada!!!...sikit-sikit tendang pintu...sikit-sikit buat sepah tak tentu pasal...sikit-sikit nak 'mengaum'...sikit-sikit nangis...

opps...jangan salah faham pula..apa yang penulis nak 'tulis' adalah...kita tak bolehlah ...nak berada di zon selesa selalu...tak boleh la nak expect orang sekeliling always treat us nicely..kira ok la kalau ad lecturers/ teachers marah kita..or tiba-tiba kawan kita dah tak layan kita ke...or tiba-tiba orang yang kita benci @ kita rasa menyampah nak berkepit je dengan kita...COOL je la...coz sometime..orang yang sakitkan hati kita tu lah yang akan buat kita makin cekal...n benda yang kita tak suka pula akan buat kita makin tabah and sabar...juz appreciate your life going...

KITA TAKKAN PERNAH KENAL RASA MANIS KALAU KITA TAK PERNAH MERASAI PAHIT.



You absolutely can count on me! I am a good friend of yours.

~Wallahua'lam~